Gabenor Bank Negara ke-8 Muhammad_bin_Ibrahim

Semasa pencalonan untuk menggantikan tempat Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara yang ke-8. Terdapat beberapa kontroversi. Hal ini kerana terdapat campur tangan oleh kerajaan dengan memberi beberapa calon yang dianggap tidak sesuai oleh Lembaga Pengarah BNM dan Zeti sendiri. Zeti mencalonkan timbalan beliau, Muhammad Ibrahim sebagai pengganti beliau.

Zeti mencalonkan timbalan beliau sebagai penggantinya. Tetapi ada juga calon lain yang diberi oleh pihak kerajaan seperti Mohd Irwan Serigar Abdullah, Abdul Wahid Omar dan Awang Adek Hussin. Bagi Zeti, Muhammad Ibrahim merupakan calon yang terbaik. Pada 28 April 2016, keputusan muktamad telah dikeluarkan, Muhammad akan dilantik menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia ke-8 menggantikan tempat Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkuatkuasa 1 mei 2016 melalui sebuah kenyataan di Pejabat Perdana Menteri.[7]